salam...
aku rasa dah dekat 2 minggu gak la aku dok bertaki dengan sorg 'mamat genius' nih pasal satu video yang 'konon-konon' nya ingin membuat pembaharuan.
and konon-kononnya ianya hanyalah video untuk memaparkan realiti hidup golongan 'sesetengah' nih. realiti hidup???
celah mana yang mereka labelkan sebagai realiti hidup tuh? apa mereka tidak paparkan bagaimana dari segi sudut budaya, lumrah hidup apatah lagi yang terpenting iaitu agama Islam itu sendiri?
dan apakah mesej yang mereka ingin tampilkan?
kalau setakat 'berahi tiada sempadan', aku pun boleh buat satu video begitu. tapi adakah ianya mempunyai mesej? apa relevannya pun kalau aku buat begitu?
menggalakkan orang buat maksiat? menghina agama? menghina ajaran nabi sendiri? memalukan kaum sebangsa sendiri? mengaibkan nama keluarga dan diriku sendiri?
manusia bodoh mana yang bangsat sangat sanggup memalukan semua di atas hanya atas satu dasar 'naluri'?
setahu aku, naluri atau sinonimnya kehendak, atau dalam bahasa sedikit kasarnya nafsu, keinginan, dan jika keterlaluan ianya sama makna dengan berahi.
apa persamaan dengan perkataan di atas?
ianya bukan di kawal di akal, bukan di hati tapi nafsu itu sendiri. sepertimana Iblis yang menderhaka terhadap Tuhannya kerana sifat ego dan sombong, begitulah jua Nafsu itu.
seperti yang aku pernah pelajari dan dengar, nafsu itu adalah satu ciptaan Tuhan, kerana untuk melengkapkan sifat manusia. akan tetapi, nafsu ini sombong dan bongkak pada Penciptanya pada awalnya.
sifat-sifat seperti itulah yang dijadikan alasan oleh golongan 'sesetengah' ini, namun mereka mengaburinya dengan perkataan 'naluri'. walhal seperti yang diketahui umum, apa yang mereka hajati hanyalah nafsu semata-mata kerana tidak dapat membiakkan dan meramaikan umat Islam di muka bumi ini.
apa yang mereka dapat hanyalah kepuasan sementara, dan lebih teruk mendapat penyakit yang tidak dapat diubati. apa mereka tidak sedar, mereka sudah menukar lumrah alam?
sebagai contoh, di dalam dunia ini Allah telah menciptakan sesuatu benda pasti ada pasangannya.
manusia ada lelaki dan perempuan.
haiwan, ada jantan betinanya.
pokok ada stigma dan debunganya.
malahan Iblis pun ada jantan betina nya.
dan ketahuilah, bahawasanya Allah telah menciptakan sesuatu sebaik-baik kejadian.
telah diciptakan pada lelaki dan perempuan agar mereka 'serasi bersatu' melalui jalan yang suci bukan melalui jalan haram yang kotor.
kalau kita diberi peluang untuk melalui jalan yang dibenarkan dan bersih, adakah kita masih mahu melalui jalan yang tidak dibenarkan dan kotor itu??
tepuk dada tanya iman, bukan selera. kerana iman, akal dan hati bersatu. kerana selera, kita ikut nafsu.
wallahualam...
Saturday, January 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


blog menarik
ReplyDeletegood opinion n content..very2 agree
ReplyDelete